Minum berdiri punca cepat haus dan penyakit batu karang


FOTO GOOGLE

Lebih dua pertiga daripada berat tubuh manusia terdiri daripada air. Air memainkan peranan penting dalam menjaga tubuh dari terhidrasi selain membolehkan sisa toksik untuk keluar dari sistem tubuh dan membantu meningkatkan peredaran darah. 
Air mengekalkan kesihatan tulang belakang dan kognitif. Setiap hari, tubuh kita kehilangan sejumlah besar air dan disebabkan itu, adalah penting untuk kita minum lebih dari tujuh gelas air sehari.
Kenapa dilarang minum berdiri?
Minum sambil berdiri menyebabkan air diminum masuk ke dalam tubuh tanpa ditapis, lalu terus turun ke pundi kencing dan menyebabkan penyakit batu karang.
Batu karang adalah salah satu penyakit ginjal yang sangat bahaya kerana ia menyebabkan manusia susah untuk membuang air kecil. Malah, ia boleh menyebabkan pendarahan ketika membuang air.
FOTO GOOGLE

Minum ketika duduk
Berlainan dengan minum sambil duduk, minuman yang masuk ke tubuh kita akan turun dalam kadar perlahan. Ia akan membantu dalam proses penapisan air di dalam badan. 
Penapisan yang baik akan memberi manfaat kepada ginjal untuk menapis air dengan lebih baik agar terhindar daripada penyakit batu karang.
Penyakit berbahaya
Anda juga mungkin diserang penyakit kronik seperti diabetis, anemia dan tekanan darah rendah jika sentiasa berasa haus. Antara punca sering haus adalah minum berdiri. 
Air akan terus masuk ke dalam buah pinggang apabila anda minum ketika berdiri. Ini akan mengganggu proses penapisan semula jadi dan kotoran akan terkumpul di dalam pundi kencing, sekali gus berisiko mengalami kerosakan buah pinggang.
Semoga info ini berguna buat anda. Mencegah lebih baik daripada merawat. - CARI

Ulasan